Subscribe:

Tuesday, September 25, 2012

Fuh! Brader ni Bunuh Diri Sebab Video.


Malang bagi seorang remaja berusia 16 tahun di utara India. Dia bukan sahaja dirogol malah klip video serangan seksual berkenaan telah disebarkan kepada penduduk kampung, menyebabkan bapanya, Krishnan yang teramat malu dengan kejadian itu membunuh diri.
Keluarganya sebelum ini cuba merahsiakan serangan seksual yang berlaku pada 9 September lalu selepas dia dirogol oleh sekumpulan lelaki.



Namun tindakan salah seorang daripada penyerang terbabit yang menunjukkan kepada penduduk kampung klip video itu, telah menyebabkan Krishnan mengambil jalan singkat dengan meminum racun.
Berikutan itu, berpuluh penduduk dan saudara mara Krishnan yang simpati dengan nasibnya itu telah mengadakan protes aman di hadapan bilik mayat, menuntut supaya penjenayah berkenaan dibawa ke muka pengadilan.
Mereka berkampung di luar hospital itu selama beberapa hari dengan membawa lilin.
Hanya selepas mendapat jaminan daripada polis, barulah penduduk bersetuju membawa pulang mayat Krishnan untuk dikebumikan, itu pun hanya selepas lima hari dia meninggal dunia.
Penyerang pertama, ditahan semalam kerana disyaki merogol, manakala 11 lelaki yang lain, dituduh bersubahat termasuk empat orang yang berada di situ ketika kejadian rogol itu berlaku.
Suspek sebelum ini mengancam akan membunuh gadis berkenaan jika dia memaklumkan kepada orang ramai mengenai kejadian tersebut.
Menurut polis, seluruh penduduk kampung telah membantu mengesan suspek berkenaan.
Selain bantuan kewangan yang ditawarkan kepada mangsa dan keluarganya, kerajaan juga menawarkan peluang pendidikan dan pemulihan kepada gadis itu.
Dalam pada itu, aktivis kemanusiaan, Nina Nayak berkata, gadis itu mengalami kejutan yang amat sangat.
“Dia tidak bercakap selama tujuh hari. Hanya selepas dia membuka mulut, barulah inkuiri dimulakan dan mereka yang melakukan jenayah itu perlu dikenakan hukuman,’’ katanya.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...